Malaysia Mental Health Literacy Survey
Tinjauan Literasi Kesihatan Mental Malaysia

Introduction
MALAYSIA MENTAL HEALTH LITERACY SURVEY (MyMHL)
TINJAUAN LITERASI KESIHATAN MENTAL (MyMHL)
Malaysia Mental Health Literacy Survey (MyMHL) is a survey conducted nationwide to obtain community-based data and evidence on the mental health literacy status of the population in Malaysia. The objective of MyMHL is to determine mental health literacy prevalence among Malaysian.
Data Collection Duration : October- August 2026
Frequently Ask Questions (FAQ)
MALAYSIA MENTAL HEALTH LITERACY SURVEY (MyMHL)
TINJAUAN LITERASI KESIHATAN MENTAL MALAYSIA (MyMHL)
Principal Investigator/ Penyelidik Utama: Masitah Ahmad,
Institute for Health Behavioural Research (IHBR), Ministry of Health (MOH)/ Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Co-Investigator/ Penyelidik Bersama Teresa Yong Sui Mien,
Institute for Health Behavioural Research (IHBR), Ministry of Health (MOH)/ Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Komathi Perialathan,
Institute for Health Behavioural Research (IHBR), Ministry of Health (MOH)/ Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Dr. Mohammad Zabri Johari,
Institute for Health Behavioural Research (IHBR), Ministry of Health (MOH)/ Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Juhannis Idris,
Institute for Health Behavioural Research (IHBR), Ministry of Health (MOH)/ Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Hasnah Mat,
KKM Sector for Biostatistics & Data Repository, Office of NIH Manager (NIH), MOH/ Sektor Biostatistik dan Data Repositori, Institut Kesihatan Negara(NIH)
Evi Diana Omar,
KKM Sector for Biostatistics & Data Repository, Office of NIH Manager (NIH), MOH/ Sektor Biostatistik dan Data Repositori, Institut Kesihatan Negara(NIH)
Ministry of Health is conducting the Malaysia Mental Health Literacy Survey (MyMHL) this year. This brochure will explain the details of this survey. It is important for you to understand why the survey is being done and what it will involve. Please take your time to read through and consider this information carefully before you decide if you are willing to participate. If you have any questions or need more information, you can ask any team members of this survey. Once you understand the survey information and you wish to participate, you must sign a consent form which is included. Your participation is voluntary and you may withdraw at any time. You have the option not to answer any of the questions or withdraw from the examination if you choose to do so. Your refusal to participate or withdraw will not affect any medical or health benefit that is certainly your right. This survey is fully sponsored by the Ministry of Health and has been approved by the Medical Research and Ethics Committee, Ministry of Health Malaysia (NMRR ID-25-01521-NAO).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan Tinjauan Literasi Kesihatan Mental Malaysia (MyMHL) pada tahun ini. Risalah ini akan menjelaskan hal-hal berkenaan tinjauan ini dengan lebih mendalam. Adalah penting untuk anda memahami mengapa tinjauan ini dilakukan dan apa yang perlu anda lakukan. Sila ambil masa yang secukupnya untuk membaca dengan teliti penerangan yang diberi sebelum anda bersetuju untuk menyertai tinjauan ini. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan ataupun memerlukan maklumat lanjut, anda boleh bertanya dengan mana-mana ahli pengumpulan data tinjauan ini. Setelah anda memahami maklumat tinjauan ini dan berhasrat untuk mengambil bahagian, anda perlu menandatangani Borang Persetujuan Responden yang disertakan bersama. Penyertaan anda dalam tinjauan ini adalah secara sukarela dan anda boleh menarik diri pada bila-bila masa. Keengganan anda untuk mengambil bahagian, atau penarikan diri anda tidak akan menjejaskan sebarang manfaat perubatan atau kesihatan yang sememangnya hak anda. Tinjauan ini ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (NMRR ID-25-01521-NAO).
The purpose of this study is to obtain information on the current mental health literacy status among adults in Malaysia aged 18 years and above. This information will be used to strengthen health programmes. This survey will last for three months and about 9,319 adults will be involved in this study throughout Malaysia.
Tujuan tinjauan ini adalah untuk memperoleh maklumat tentang status terkini literasi kesihatan mental dalam kalangan dewasa di Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Maklumat ini akan digunakan untuk mengukuhkan program kesihatan. Tinjauan ini akan berlangsung selama tiga bulan dan seramai kira-kira 9,319 orang dewasa akan terlibat dalam tinjauan ini di seluruh Malaysia.
If you have any enquiries about this study or if you want further information about the study, you can contact Principal Investigator, Mrs. Masitah Ahmad , at the Institute for Health Behavioural Research (IHBR), Bandar Setia Alam, Selangor at telephone number 03-33628615.
If you have any questions regarding your rights as a respondent in this study please contact: Secretary of the Medical Research and Ethics Committee, Ministry of Health Malaysia, by telephone 03-33628407 / 33628205 / 33628888.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai tinjauan ini atau memerlukan keterangan lanjut, Tuan / Puan boleh hubungi ketua penyelidik, Pn Masitah Ahmad, Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, di alamat Bandar Setia Alam, Selangor di talian 03-33628615.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan hak-hak anda sebagai responden dalam tinjauan ini, sila hubungi Setiausaha, Jawatankuasa Etika & Penyeliidikan Perubatan (MREC), Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-33628407 / 33628205 / 33628888

